Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Hal Ehwal Pelajar


​​​​​​PENGENALAN
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu bahagian yang penting dalam struktur KUPU SB. Ia adalah bahagian yang menjadi saluran terancang dan sistematik dalam pengurusan hal ehwal pelajar di luar bidang akademik. Tumpuan utama operasionalnya ialah pengembangan pelajar dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani (RIEJ) serta bakat terutamanya dalam aspek pembentukan keterampilan personaliti yang sesuai sebagai bakal seorang guru ugama di samping bertanggungjawab mengurus kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar.

VISI
Mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.​

MISI

Mengurus Hal Ehwal Pelajar untuk mendukung misi tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menetapkan beberapa objektif utama seperti berikut: 

  1. Memberikan motivasi melalui perkhidmatan program yang komprenhensif dan sistematik bagi pembangunan sahsiah pelajar.
  2. Memberikan pengukuhan ilmu Fardhu 'Ain.
  3. Memberikan dan mengembangkan program pembangunan sahsiyah dan kepimpinan.
Secara umumnya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan untuk membentuk dan mengembangkan potensi pelajar dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani melalui aktiviti pembangunan pelajar dan perkhidmatan yang berkualiti untuk mencapai visi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Tanggungjawab ini dapat dilihat secara terperinci melalui perkara-perkara berikut:​
  1. Merancang, memantau perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar di samping berusaha menyediakan suasana kampus khususnya kolej kediaman yang kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan sahsiah pelajar.
  2. Merancang, mengurus dan memantau kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian mereka.
  3. Melahirkan, meningkatkan kualiti kepimpinan organisasi pelajar dengan menjana kepimpinan dan sahsiah pelajar melalui perancangan aktiviti-aktiviti berpersatuan, kerohanian, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan rekreasi, keusahawanan, informasi dan publisiti, dan khidmat masyarakat.
  4. Merancang, mengurus dan menyelaras kewangan Persatuan Pelajar.
  5. Merancang dan mengurus dasar-dasar dan peraturan berkaitan dengan fungsi dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar.
  6. Merancang, mengurus dan memantau pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.
  7. Merancang, mengurus dan memantau aktiviti pembangunan sahsiah, kerohanian, kesenian dan kebudayaan, latihan dan kepimpinan pelajar.
  8. Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perkhidmatan dan kebajikan pelajar.
  9. Merancang dan menyediakan aktiviti perkembangan tenaga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

OBJEKTIF
  • Membentuk dan mengembangkan potensi pelajar dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani melalui aktiviti pembangunan pelajar dan perkhidmatan yang berkualiti untuk mencapai visi KUPU SB.
  • Merancang, memantau perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar di samping berusaha menyediakan suasana kampus khususnya kolej kediaman yang kondusif untuk pembelajaran dan Pembangunan sahsiah.
  • Melahirkan, meningkatkan kualiti kepimpinan organisasi pelajar dengan menjana kepimpinan dan sakhsiyah pelajar melalui perancangan aktiviti-aktiviti berpersatuan, kerohanian, kesenian dan kebudayaan islam, sukan dan rekreasi, keusahawanan, infomasi dan publisiti dan khidmat masyarakat.
  • Merancang, mengurusan dan memantau aktiviti perkhidmatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

STRUKTUR ORGANISASI

Bahagian Hal Ehwal Pelajar diketuai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh Timbalan Dekan Pelajar, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Pembantu Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar serta Ketua-Ketua Unit di Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu;

  • ​Unit Pentadbiran Dan Biasiswa Kerajaan
  • Unit Kegiatan Kerohanian
  • Unit Kesejahteraan
  • Unit Kolej Kediaman
  • Unit Kaunseling
  • Unit Kegiatan Dalam dan Luar

​PENTADBIRAN HEP

Ali Hardi bin Haji Mohamed 
Dekan / Penolong Pensyarah
E-mel :  hardi.mohamed@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277​

Nurul Azimah binti Abdul Hamid
Timbalan Dekan / Penolong Pensyarah
E-mel : azimah.hamid@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277​​

Amshahnoorwadi binti Haji Yakub
Penolong Pendaftar / Pegawai Pelajaran Ugama
E-mel :  amshah.yakub@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 368


STAF

Hajah Norainun binti Haji Samsu
Penolong Pegawai Kesejahteraan (Siswi)
E-mel :  nurainun.samsu@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 303

Abdul Hadi bin Haji Abdullah
Penolong Pegawai Kesejahteraan (Siswa)
E-mel :  abdulhadi.hjabdullah@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

​Hajah Asmah binti Haji Suhaili
Guru Ugama Terlatih
E-mel :  asmah.suhaili@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 368


UNIT KOLEJ KEDIAMAN

Mohammad Ali bin Haji Kamaruddin
Pengendali Mesin Cetak Offset Tingkat III
E-mel : ali.kamaruddin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
​​
Amirul Amirunizam bin Moksin
Penyelia Asrama Tingkat III
E-mel :  amirul.moksin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 368

Zuhairy bin Haji Jumat
Penyelenggara Stor Tingkat III
E-mel :  zuhairy.jumat@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277​




E-mel :  hep.kupusb@kupu-sb.edu.bn